Monday, May 21, 2012

Malaysia Baru ???

Katanya rakyat tak sabar nak tunggu kepimpinan Malaysia yang baru. Agak-agaknya siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh parti PAS. Adakah yang dimaksudkan itu Hadi Awang atau Anwar Ibrahim.

Pada mereka sistem pentadbiran Barisan Nasional (BN) rosak dan bercelaru. Pemimpin hanya mementingkan diri sendiri. Tak tahulah dari sudut pandang mana yang dilihat sehingga mengatakan BN dah dipunahkan oleh pemimpin BN hari ini.



Jika benar perjuangan parti Pas untuk menegak dan pertahankan Islam, kenapa mereka tidak bersikap tegas dam menjadi suara majoriti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya hanya melihat parti yang berfikiran liberal yang mendominasi mereka.

Apa sahaja hujah dan kenyataan yang dikeluarkan seringkali mengguna pakai nama Islam sedangkan perlaksanaan seringkali menimbulkan keraguan pada mata umum yang melihat. Mereka sanggup menggadai Agama sendiri untuk tujuan dan kepentingan parti.

Sekarang mereka berjanji, tunggu kita menang, semua orang akan dapat manfaat. Apakah rakyat akan melalui proses perpecahan yang lebih hebat lagi ekoran perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin. Mungkin ada yang berpendapat Malaysia perlukan perubahan yang besar kali ni. Pastikan kemenangan yang besar untuk BN dengan megembalikkan undi yang dulu pernah jadi undi kecewa lalu diberi pada pihak yang sehingga hari ini dah jelas mengecewakan rakyat atas tindakan mereka selama ini.

Malaysia Tanah Airku




angrybird's BlackBerry®

No comments:

Post a Comment