Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.
Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka. Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.
No comments:
Post a Comment