Monday, April 9, 2012

Lynas Bakal hancurkan ekonomi China ?

Umum sedia maklum bahawa kaum Cina yang paling kuat menentang operasi kilang Lynas sehinggakan Lim Guan Eng sendiri dengan megah menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu ini.

Dan sebagai hamba abdi yang setia lagi dungu, puak-puak PAS dan PKR pun turut sama menunjuk sokongan terhadap para pengkhianat Cina yang tegar melindungi kepentingan negara asal nenek moyang mereka dalam memonopoli pengeluaran nadir bumi.

Untuk yang masih kabur mengenai punca sebenar penentangan terhadap Lynas, sila ambil maklum bahawa Negara China merupakan pengeluar nadir bumi terbesar iaitu 97% dari bekalan dunia dan pembukaan kilang Lynas di Malaysia akan menjejaskan monopoli mereka.



Sehubungan dengan itu, Himpunan Hijau, pencinta alam dan risiko pendedahan radioaktif semuanya hanyalah 'gimmick' semata-mata kerana mereka sebenarnya tahu bahawa kilang Lynas adalah kilang kimia biasa yang telah menepati standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa.
Namun, demi semangat keChinaan DAP dan semangat mengampu Cina puak-puak PAS dan PKR pun berikrar untuk terus menentang Lynas. Seperti biasa, masjid menjadi pilihan mereka untuk membuat demonstrasi untuk tujuan ini. Dan seperti biasa juga, masa demonstrasi yang paling digemari ialah selepas solat Jumaat dan kali ini, ialah pada 13 April, Jumaat ini.

Pelik sekali kerana yang paling kuat menentang Lynas adalah kaum Cina, tetapi kenapakah demonstrasi ini tidak diadakan di gereja atau di tokong Cina? Kenapa masjid yang menjadi pilihan mereka untuk membuat kekecohan?

Apakah kerana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan tempat sembahyang mereka dicemarkan dengan politik kerana mereka sendiri tahu bahawa isu Lynas adalah isu politik dan bukannya isu kemanusiaan atau alam sekitar?

Jelas sekali bahawa puak-puak PAS dan PKR tidak menghormati masjid dan dengan sengaja menggunakan solat Jumaat sebagai alat mengumpul orang ramai untuk tujuan berpolitik. Sekali gus, tindakan ini juga menjadikan mereka sebagai bersubahat dengan pengkhianat yang ingin mengsabotaj ekonomi negara sendiri.





No comments:

Post a Comment