Tuesday, April 3, 2012

16 April Bukan Cina Nyah Dari Sekolah Cina ?

Dong Zong, Jawatankuasa Sekolah-sekolah Cina atau lebih tepat, Jawatankuasa Pelampau Rasis Cina, seperti yang dijangka, tidak akan berganjak walaupun seinci dari tuntutan mereka walaupun sedar bahawa ianya adalah merepek, mustahil serta bersifat ekstrem.

Malah, mereka kini menetapkan tarikh iaitu 16 April 2012 di mana semua guru-guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin, atau lebih tepat, guru bukan Cina, dikeluarkan dari Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.



Sekali gus, ia juga bermakna, bermula tarikh tersebut, murid-murid beragama Islam di Sekolah Cina tidak lagi boleh belajar Agama kerana hampir tiada guru agama yang fasih berbahasa Mandarin. Nasib yang sama juga akan menimpa murid-murid Kristian di Sabah-Sarawak dari kaum Iban, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain apabila tiada guru-guru Kristian yang fasih berbahasa Mandarin.

Tidak lain tidak bukan, Dong Zong sebenarnya ingin melakukan 'pembersihan etnik' di sekolah-sekolah mereka kerana jika ini berlaku, maka murid-murid dari kaum lain pastinya tidak dapat meneruskan persekolahan di sekolah Cina.

Selain matapelajaran agama, tindakan mengeluarkan guru-guru tersebut juga dijangka akan menyebabkan Sekolah-sekolah Cina berhadapan dengan kekurangan guru bagi subjek Bahasa Melayu (Kebangsaan) dan mungkin juga Matematik, Sains dan lain-lain akibat dari kekurangan guru yang fasih berbahasa Mandarin.

Walaupun menyedari akan kesan dari keputusan ini, Dong Zong tetap berdegil dan tidak menghiraukan akibat yang bakal menimpa murid-murid sekolah mereka. Kemungkinan besar mereka sudah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mendesak kerajaan mengimport lebih ramai guru dari Tanah Besar China untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah mereka, hatta memperkukuhkan lagi identiti bangsa dan ikatan kesetiaan terhadap negara nenek moyang mereka.

Tentu sekali, dalam masa yang sama, patriotisme dan identiti Malaysia di kalangan murid-murid sekolah Cina akan pudar dan terhapus terus dengan lebih pantas.

No comments:

Post a Comment