Bercakap mengenai ketua, kepala, dan pemimpin aku cukup suka. Pendapat, pandangan aku menerusi pembacaan, pengalaman dan perhubungan sosial dengan rakan sahabat sekeliling. Daripada definasi, declaration individu kepada dirinya sendiri terhadap tiga perkataan tadi, memnberi persepsi dan pandangan berbeza pada pembaca. Secara tak sengaja aku pun ada pendapat dan pandangan tentang tiga entiti yang ada sedikit persamaan dan berbezaan jika dilihat dari pelbagai sudut pandangan.
KETUA, pada aku setiap individu memang boleh menjadi ketua. Ianya terletak atas kemahuan dirinya sendiri. Ada pihak ketua dilantik berdasar pelbagai faktor. Mungkin ada yang menyedari kenapa dirinya dilantik, tapi tak kurang juga yang tak sedar tujuan dan objektif ke atas perlantikan tersebut. Pada aku untuk seorang ketua memadai dia boleh bersuara, memberi daya tarikan dan dapat menjadi tumpuan individi di sekeliling sudah tegar di gelar ketua.
Tujuan dan objekti pada sesebuah komuniti terhadap ketua, agar boleh memberi arahan, dapat menarik minat sekeliling amat penting. Bukan semua badan2 komuniti, kelab atau persatuan menggunakan "Ketua" untuk definisi individu yang dilantik atau dipilih sebagai mengetuai mereka. Jika dilihat dari sudut pandang seorang individu yang terpilih, ketua harus mengetuai apa sahaja bentuk acara, pergerakkan atau perjalanan mereka.
KEPALA, pada aku tidak banyak beda dengan ketua, tetapi kepala majoriti yang selalu kita dengar sinonim dengan kelab2, persatuan2 atau kumpulan2 yang tidak akan menonjolkan identiti masing2 secara terbuka. Mereka ini lebih suka berjalan atau bersosial secara tertutup. Kebanyakan kepala ini pada persepsi masyarakat umum agak mengerunkan dan menakutkan kerana pemilihan kepala ada sebilangan dilihat dari faktor fizikal yang besar, tegap, menampakkan keberanian, garang dan mungkin beda dari yang lain. Sedikit sebanyak memberi impak yang negatif dari sudut pandangan yang berbeza beza.
PEMIMPIN, merupakan seorang individu yang ciri2nya belum tentu ada pada setiap orang. Seorang pemimpin tidak semestinya dari kalangan ketua. Tetapi seorang ketua belum tentu punya ciri2 seorang pemimpin.
Untuk memimpin individu atau komuniti sekeliling bukan satu tugas yang mudah. Pemimpin mempunyai perancangan yang berunsur untuk memajukan komuniti dan masyarakat yang dipimpim. Majoriti selalunya akan membuat keputusan dengan memikirkan impak pada keseluruhan yang dipimpim kelak.
Pemimpin selalunya berfikiran terbuka, boleh mendengar dan boleh menerima apa2 sahaja cadangan. Beliau tidak akan membiarkan unsur2 yang tidak baik menganggu orang2 yang dipimpin. Untuk mengupas mengenai pemimpin memang tak kan habis kerana bila seseorang menjadi pemimpin, beliau sentiasa menjadi topik perbualan yang akan merangkumi pelbagai aspek. Baik dari segi peribadi mahupun kegiatan yang di lakukan.
Walau apa pun kupasannya, pada aku ciri2 seorang pemimpin, ketua dan kepala secara umum harus ada persamaan, tetapi masyarakat dan individu hari ini telah meletakkan beberapa faktor yang membedakan ketiga2 mereka ini.
** Apa yang kamu utarakan, cadangan, pendapat, komen, menunjukkan tahap pemikiran kamu
angrybird
No comments:
Post a Comment