Monday, January 9, 2012

Anwar bebas meliwat ?!

Setelah hampir empat tahun berhadapan dengan dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini Anwar boleh tersenyum lebar apabila mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan melepaskannya daripada tuduhan tersebut. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan berdasarkan dua alasan. pertama, mahkamah tidak boleh seratus peratus yakin integriti sampel Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diambil dari dubur Mohd Saiful tidak terusik kerana pengadu hanya membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpanya selepas dua hari diliwat. Kedua, kejadian tersebut hanya berdasarkan keterangan diberikan oleh Mohd Saiful yang mendakwa diliwat Anwar. namun pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti sokongan lain bagi menyokong kejadian tersebut.

Berikutan keputusan tersebut, Anwar dan penyokong yang menunggu di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bersorak gembira tetapi keriuhan itu dicemari tiga letupan yang menyebabkab lima orang tercedera. Perlakuan sebegini boleh menyebabkan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam serta mengakibatkan kesesakan lalulintas di kawasan yang terlibat.

Namun bagi mangsa liwat, Saiful Bukhari, ini bukanlah penamat bagi kes ini, rayuan masih boleh dipohon dan keputusan penentunya sama-sama kita ketahui kelak, jangan pernah berputus asa kerana yang benar tetap akan terbukti kebenarannya, sama-samalah kita memohon pada yg maha Esa agar dipermudahkan segala urusan kita di dunia....

No comments:

Post a Comment