Wednesday, January 12, 2011

INTERLOK 'MAKI' PARIAH ?



Interlok menjadi buku yang paling dikehendaki lantaran terdapat pelbagai tafsiran dan spekulasi yang berbaur aneka rempah yang diperbesarkan....Ianya bermula apabila Dr Ranjir Singh Malhi yang membangkitkan perkara tersebut...beliau bukanlah perunding tetap Kementerian Pelajaran tetapi hanyalah perunding buku pelajaran Sejarah bagi tingkatan 3 Tahun 2005. Beliau bukannya seorang yang memahami lenggok patah perkataan sastera apatah lagi memahami tentang Tamadun Islam bagi buku Sejarah yang dipersoalkan. Dr Ranjir kononnya mengulas tentang kesilapan fakta sejarah, tapi beliau adalah salah seorang panel penulis buku Sejarah tingkatan 1 1996 (KBSM) yang mana beliau patut tunjuk kesilapan ketika beliau menjadi panel, dan bukannya selepas setahun buku itu dicetak....Namun yang menjadikan malang bertambah 'jalang' apabila YB Dato Murugiah yang baru masuk MIC cuba jadi hero Tamil untuk mencari sokongan politik murahan dikalangan kaum India telah mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman mengenai buku INTERLOK. Lebih 'jalang' lagi ianya disambut oleh Saravanan dan pemimpin MIC termasuk Dr Subramaniam.Atas alasan apa kenyataan yang tidak bertempat ini disokong, sudahkan mereka-mereka yang menentang INTERLOK membaca dan memahami maksud yang tersirat disebalik cerita dalam buku tersebut.Apabila mempersoalkan buku yang telah dipilih oleh pihak Kementerian untuk pelajaran tingkatan 5,ianya seolah-oleh seperti tidak mempercayai keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan....Dan perlakuan 'biadap' seperti membakar buku dan gambar INTERLOK begitu menyinggung perasaan orang Melayu dan permainan perkauman sempit seperti ini tidak akan dapat menentukan MIC akan di junjung oleh kaum sendiri apatah lagi menjadi "rajni khan' versi Msia yang hanya tahu membakar buku ilmiah yang patut mereka baca......

No comments:

Post a Comment