28 Mac - Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden MCA dengan majoriti tipis.
29 Mac - Majlis Syura Ulama Pas memutuskan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal sebagai Mursyidul Am.
25 April - Calon BN, P. Kamalanathan menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
16 Mei - BN gagal pertahan kerusi Parlimen Sibu.
28 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP.
15 Jun - ADUN Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP dan memilih menjadi ADUN Bebas menyokong BN.
25 Jun - Seramai 40 terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO.
30 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat bagi 'menjernihkan' hubungan dalam isu APCO Worldwide.
17 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan orang Melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.
21 Julai - Jumlah terkini ahli berdaftar UMNO menjangkau 3.2 juta orang.
5 Ogos - Ali Ahmad Ariff, 63, atau Pak Ali menggemparkan Pulau Pinang apabila menepuk bahu kiri Lim Guan Eng.
20 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan dakwaan I'DA World, yang pihaknya telah beri 'hadiah' RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
26 Sept. - Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR di beberapa kawasan kecoh malah tercetus insiden pergaduhan dan baling kerusi di Cabang Sabak Bernam.
29 Sept. - Sekumpulan warga emas dan fakir miskin bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian.
4 Nov. - Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti besar, 6,359.
4 Nov. - Calon BN, Abdul Aziz Yusoff menang Pilihan Raya Kecil DUN Galas.
9 Nov. - Calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub mendedahkan terdapat 162 aduan salah laku pemilihan PKR.
10 Nov. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak 'naik angin' dengan media arus perdana berhubung isu bantuan banjir.
16 Nov. - Pelbagai pihak membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa pengiktirafan negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap negara Islam moden adalah satu penghinaan.
19 Nov. - Datuk Zaid Ibrahim akhirnya umum keluar PKR dan beliau kemudian menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam untuk memberi taklimat kepada pemimpin PKR disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti.
20 Nov. - Dewan Tertinggi BN meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN.
27 Nov. - Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'anugerah Tuhan'.
28 Nov. - Azmin Ali diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.
30 Nov. - UMNO membuat ketetapan pemilihan parti di semua peringkat ditangguhkan selama 18 bulan. Langkah itu diikuti beberapa parti lain.
5 Dis. - Konvensyen BN membincangkan tujuh agenda penting berkaitan hala tuju dan usaha pengukuhan parti.
6 Dis. - MIC menyaksikan peralihan kuasa selepas 31 tahun dipimpin Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila beliau menyerahkan jawatannya itu kepada pengganti yang juga timbalannya, Datuk G. Palanivel.
12 Dis. - WikiLeaks mendedahkan agensi perisikan Singapura mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment