Perhimpunan yang menggabungkan variasi kepimpinan NGO yang dibentuk dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) begitu meriah dan gah dengan suara yang mewakili Melayu dan Bumiputera bergemuruh memenuhi Dewan Merdeka di PWTC malam tadi. Rata-rata yang hadir begitu bersemangat apabila mendengar ucapan daripada Dato Paduka Ibrahim Ali yang merupakan Pengerusi Kongres, tatkala membentangkan Resolusi dan keputusan yang dicapai dalam Kongres Ekonomi Bumiputera : Model Baru Ekonomi (MBE) dengan bertemakan "MEMPERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA". Semangat Kemelayuan begitu terasa tatkala berbicara tentang kepentingan Bangsa Melayu dan Bumiputera dan keputusan yang telah dicapai dan dipersetujui oleh semua bahawa Kongres MPM sama sekali menolak dasar MEB yang masih dalam peringkat kerangka dan menganggap dasar yang telah digubal untuk mencapai tahap Negara Berpendapatan Tinggi dan mampan tidak membawa semangat serta roh Kemelayuan, dan begitu membimbangkan.
Namun ucapan daripada Perdana Menteri sedikit sebanyak memberikan harapan dan gambaran yang jelas tentang matlamat yang ingin dicapai dalam merealisasikan matlamat Negara menuju Wawasan 2020.Namun dalam pertubuhan bukan kerajaan,mahu tidak mahu,terpaksa kita terima bahawa tidak semua pertubuhan yang bersetuju dengan kepimpinan kerajaan mahupun kepimpinan UMNO.Untuk 'Meng UMNO'kan sesebuah pertubuhan NGO adalah sukar kerana masing-masing mempunyai penilaian yang tersendiri tentang sesuatu parti politik yang mereka gemari.Dua perkara yang begitu jauh bezanya dan tidak sama sekali harus dicampuradukkan.UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu melalui perjuangannya yang tersendiri dan perjuangan tersebut tetap tersemat didalam hati naluri kebanyakan Melayu yang aktif dalam pertubuhan NGO.Tetapi untuk mengganggap semua NGO menggemari perjuangan UMNO, mungkin ramai yang tidak bersetuju dan merasakan ianya tidak sesuai.Namun apa yang pasti perhimpunan tersebut memberikan orang Melayu dan Bumiputera satu suntikan semangat bahawa mereka masih tetap diingati dan disayangi walaupun beribu tafsiran dan persepsi yang melanda kebelakangan ini.Walau apa pun janji serta jaminan yang diberi,apa yang dinanti adalah tindakan yang tepat,agar tiada pihak yang terasa dipinggir dan tiada yang merasa 'di anaktirikan' oleh bangsa sendiri...Hidup UMNO, Hidup Perkasa...Sejahtera Semuanya...
No comments:
Post a Comment