Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
24 JamadilAwal 1435 / 26 Mac 2014
Sengaja mengeruhkan keadaan pada kekeruhan keadaan yang sedia.
Ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan dalam isu MH370. Sepatutnya mereka bukan mempertikaikan apa yang sudah diusahakan atau masih diusahakan dan dalam yang sama merancang usaha bagi menamatkan isu MH370.
Mereka sepatutnya bersama sama membantu kerajaan Malaysia dalam usaha menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh negara. Lihat sahaja beberapa pemimpin pembangkang yang tidak sensitif dalam isu MH370 malah meperkotak katik segala usaha yang dijalankan.
Dimana nilai nilai kemanusian mereka sebagai seorang manusia? Mempolitikan isu yang tidak sepatutnya dipolitikan menampakkan kerendahan moral sebagai seorang yang diangkat sebagai pemimpin.
Adakah manusia seperti mereka layak diangkat sebagai pemimpin? Dalam majoriti rakyat beberapa negara yang terlibat dalam insiden kehilangan MH370 berdoa agar diselamatkan dari sebarang kecelakaan tetapi mereka sibuk memperlekehkan insiden tersebut dengan pelabagai tohmahan.
Terbaru pembangkang mengunakan pelbagai medium untuk mengeruhkan hubungan negara dengan negara tembok besar.
Persoalannya...Apakah tujuan dan apa yang mereka cuba lakukan? Adakah dengan cara tersebut mereka dapat memerintah negara ini?
Cubalah perkara yang lebih berfaedah selain daripada usaha yang mencetuskan keadaan yang tidak aman kepada negara.Sebagai individu yang digelar sebagai pemimpin mereka harus peka dan lebih bertanggungjawab. Jika hanya tahu mengkritik tanpa ada jalan penyelesaian, lebih baik mereka berdiam diri dan membantu rakyat dikawasan yang mereka dipilih sebagai wakil rakyat, selain sibuk dengan perkara yang tidak sepatutnya mereka campurtangan.
Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mahu pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan yang terperinci bagi mengesan pihak pihak yang tidak bertanggunjawab dalam usaha mereka mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
Dalam masa yang sama sudah ada rakyat tampil membuat laporan Polis menyatakan ketidak puas hati terhadap kenyataan pemimpin pembangkang.
Kita juga merasa kesal terhadap beberapa individu individu yang telah menyatakan bantahan mereka di kedutaan Malaysia di China, ini suatu perkara yang melibatkan dunia, bukan setakat Malaysia.
Dalam masa yang sama kita juga berbangga dengan Dato Sri Hisamuddin kerana begitu tenang dan fokus dan bertungkus lumus menyesaikan permasalahan dan menjawab soalan soalan media luar Negara. Tahniah.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
No comments:
Post a Comment